Artikel ni diceduk dari tulisan blog Robert Kiyosaki . Sekadar bertujuan berkongsi ilmu dan pendapat.
Ramai orang takut melabur. Apabila disebut pelaburan, ramai juga yang mengaitkan dengan skim cepat kaya..Alahai...itu le orang kita. Nak salahkan mentaliti orang kita macam tu, susah jugak. Sebabnya ini semua kerja-kerja orang-orang yang nak cepat kaya. Tipu sini, tipu sana. Itu yang pakat-pakat merana.
Untuk melabur dengan bijak, mengelak kehilangan dan kerugian modal, kita perlu ingat 6 peraturan ketika membuat pelaburan iaitu :
- Ada perancangan. Seperti yang RK nasihatkan, minta penasihat kewangan anda set up kan strategi pelaburan yang sesuai dengan profile risiko anda, jangkamasa dan matlamat kewangan. Ini yang jadi masalah ni. Sebab saya sendiri pun tak terfikir apa matlamat pelaburan yang saya buat.
- Matlamat pelaburan emas : ????
- matlamat pelaburan saham : ????
- matlamat pelaburan hartanah : ????
- Jangan letakkan semua asset anda dalam satu portfolio aset sahaja. Sebagai contoh, RK cakap semua orang happy dan rasa tenang bila dapat membeli hartanah untuk pelaburan. Tapi perlu diingatkan ,apakan jadi jika pasaran hartanah jatuh merudum kepada pelabur hartanah semata-mata? Begitu juga dengan pelabur emas.. Hisshh...ngeri je bila fikir2 balik
- Bina pelaburan anda dalam jangkamasa tertentu. RK kata, ada pepatah lama berbunyi " Bilamana tea lady mula melabur dalam stock market, itu adalah masa sesuai untuk get out".. Apa maksudnye? Maksudnya lebih kurang bilamana pasaran saham tertentu sedang naik, ramai yang akan mula terjun melabur dalam saham tersebut. Dalam keadaan saham yang berada dikemuncaknya, nantikan trend kejatuhan saham tersebut.Pada RK, ada 2 cara untuk menentukan masa terbaik pelaburan. Yang pertama, ilah dengan memiliki saham yang "low end" market dan memilih situasi "high end" market untuk menjual. Masalahnya strategi ni susah nak diaplikasi. Cara yang kedua ialah dengan memilih pelaburan yang baik dan stay dengan pilihan tersebut untuk jangka masa yang panjang ( 10 tahun atau lebih ) dan bersama -sama mengharungi ribut taufan pasaran.Saranan RK ialah cara yang kedua kerna ia lebih mudah.
- Elakkan pelaburan berisiko tinggi.Ini termasuk le JV business yang berisiko, highly speculative stock, tax avoidance schemes atauapun "too-good-to-be-true" skim yang menjanjikan pulangan yang tinggi ( yang tak munasabah ).
- Elak dari meminjam untuk melabur. Erm...Apa yang RK kata, bahaya. Terutama kalau meminjam sehingga 40% dari margin kos tetap ( x faham sangat ). So far, memang ada guna teknik meminjam ni especially dalam emas. Beli emas tunai, pajak di Bank rakyat dan pinjaman sehingga 70% utk tujuan besarkan biz...hehe
- Stay with traditional and known. Macam konsep Warren punya. Pelaburan dia dalam industri yang dia familiar. Ikut RK, pelaburan yang selamat ialah yang ada kepentingan tetap ( macam keperluan manusia le ), hartanah dan saham. Walaupun aset aset tersebut jenis yang fluctuate..OOOoooh..yang ni tak faham. Kenapa le RK kata saham tu ok. Tadi cakap tak ok.
Anyway, apa yang kita boleh nampak ialah nak melabur ni KENA ADA PLAN....RANCANGAN yang jelas, sepsifik, boleh dicapai, realiti, boleh diukur dan mempunyai tempoh masa yang tertentu. So untuk pelaburan emas ni, cuba kita letakkan :
spesifik : Melabur dalam pelaburan emas sehingga memiliki 1 kilogram emas
boleh diukur : yup..ukurannya ialah 1 kg emas
boleh dicapai : untuk capai 1 kg emas, sebanyak 34 ketul kijang emas diperlukan. Untuk memiliki 1 kijang emas ( RM3k-RM4k ), simpanan perlu dibuat. Jadi 4 bulan baru boleh beli 1 kijang emas. Hehehe...lambat giler sebab duit tak banyak.
realiti /reasonable : insyaAllah boleh.. Sebab ia takkan jadi realiti kalau takde usaha.
timely : yang ini, ikutkan 1 kijang utk 4 bulan. 34 kijang untuk 12 tahun..Ooohh panjang nye masa.. Takpe..at least waktu tu umur saya dah 35 tahun. Ada emas simpanan 1 kg.. Umur muda-muda macam ni le nak rempit bagi banyak skit. Bila dah umur 30-40an, susah skit dah..
Thanks RK untuk nasihat yang baik ni..
sumber utama : "http://www.richdadwisdom.com/2009/10/6-rules-for-investing/"