kata-kata emas...

kita dilahirkan kedunia dalam keadaan menangis dan menjerit ,
sementara manusia tertawa bahagia.
Maka berusahalah agar dikala kematian kita nanti mereka menangis,
sementara kita tersenyum bahagia...

Monday, March 22, 2010

kat usm

sebahagian artikel yg sempat aku snap waktu jumpa otai nubex(baktiar & faizal) dan juga omar kulim.tulisan dah halus2 sgt.tp tajuk besar still buleh tengok...kebanyakan artikel dari majalah milenna muslim dlm tahun 2005-2007.rupa-rupanya dinar emas nie dah lama didedahkan....









Saturday, February 20, 2010

petikan dari harian metro 20/02/10

i BAWAH bimbingan seorang lelaki Scotland yang kini memeluk Islam, sekumpulan penganut Islam di Indonesia kini memilih berdagang menggunakan syiling emas dan perak berbanding wang kertas dalam urusan seharian.
Mereka adalah pengikut Sheikh Abdalqadar as-Sufi yang satu ketika dulu dilahirkan dengan nama Ian Dallas.


Semua transaksi dagangan membabitkan makanan, ubat-ubatan, pakaian dan kad prabayar dilakukan menggunakan syiling dinar emas atau dirham perak.


Amalan itu turut dijalankan dengan peraturan syariahketat.


Pandangan mereka terhadap amalan ekonomi ternyata terpaksa bersaing dengan sistem kapitalisme yang menguasai seluruh struktur kewangan dan politik di Indonesia.


"Sejarah membuktikan sejak ratusan tahun lalu nilai sekeping dinar emas bersamaan dengan harga seekor kambing," kata peniaga runcit, Kurniawati.

Berharap dapat mencontohi sunnah Nabi dan generasi sahabat, wanita berusia 33 tahun itu adalah sebahagian daripada pengikut Sheikh Abdalqadar yang menjalankan transaksi dagangan menggunakan syiling emas dan perak.


Satu dirham bersamaan kira-kira RM10.90, manakala satu dinar RM520.


Kumpulan itu turut mendesak kerajaan dan mungkin seluruh kerajaan Islam di dunia supaya mula menggunakan mata wang itu bagi menggantikan wang kertas.


Seperti kata Sheikh Abdalqadar, amalan itu perlu diteruskan sehingga penguasaan sistem kewangan kafir ke atas dunia Islam berakhir.


Wakala Induk Nusantara (WIN) menjadi badan bertanggungjawab mengawal pengeluaran dan pengedaran dinar di Indonesia.


Pegawai WIN, Riki Rokhman Azis, berkata syiling emas dan perak keluaran Indonesia turut beredar di Australia, Malaysia dan Singapura.


Katanya, jumlah dinar beredar di pasaran tempatan meningkat lebih dua kali ganda pada 2009 menjadi 25,000 keping dan ia membayangkan kejayaan serta populariti amalan itu.


"Kami memutuskan untuk mengeluarkan wang emas dan perak ekoran fatwa Sheikh Abdalqadar di Cape Town, Afrika Selatan yang mengharamkan umat Islam menggunakan wang kertas," katanya.


Bekas penulis skrip dan pelakon, Abdalqadar memeluk Islam pada akhir 1960-an selepas bosan dengan sistem kapitalisme yang mencengkam hidup manusia.


Disebabkan kesedarannya itu, dia berazam mengembalikan perundangan diamalkan pada zaman Nabi Muhammad dan sahabat.

Ia termasuk sistem perdagangan diamalkan pada abad ketujuh terutama kewajipan berzakat menggunakan dinar emas atau dirham.


Kegawatan ekonomi akibat keruntuhan sistem pergadaian dan pasaran saham Amerika Syarikat mengesahkan pandangan Sheikh Abdalqadar bahawa sistem kewangan Islam terbukti lebih stabil.


Beliau juga yakin pada akhirnya sistem kewangan Islam akan muncul menjadi satu-satunya pilihan terbaik dalam dunia.


Dalam entri di blognya pada 7 Februari lalu, Sheikh Abdalqadar berkata, kegawatan global menjadi detik bersejarah terhadap berakhirnya kapitalisme.


Barat pula, katanya, menggunakan alasan ancaman pengganas untuk mengalih perhatian warga dunia terhadap realiti ekonomi semasa.


"Tiba masanya seluruh penduduk dunia berani mengecam ejen kapitalisme yang bebal dan mempelajari hakikat Islam," katanya.


Dalam ekonomi, katanya, umat Islam wajib mengikuti sunnah Nabi dengan menghormati dagangan dan kontrak melalui mata wang bernilai sebenar seperti emas dan perak.


Sementara itu, Kurniawati berkata, sekurang-kurangnya empat pelanggannya membayar barangan dibeli menggunakan dinar setiap minggu.


"Kebanyakan mereka membeli beras, minyak masak, sabun dan pakaian," katanya.


Dia mula meyakini keberkesanan dinar dan dirham selepas menerima mas kahwin daripada suaminya dalam bentuk kepingan emas lapan tahun lalu.


Katanya, sekeping syiling emas bernilai RM146.98 pada 2002, tetapi kini meningkat kepada RM532.79.


Pemerhati juga yakin nilai emas tidak akan merosot walaupun nilai mata wang menurun 14 peratus sejak tahun lalu. - AFP


http://www.hmetro.com.my/articles/Global_Jualbeligunasyilingemas/Article/

Sunday, January 24, 2010

6 Peraturan Melabur Oleh Robert Kiyosaki


Artikel ni diceduk dari tulisan blog Robert Kiyosaki . Sekadar bertujuan berkongsi ilmu dan pendapat.

Photobucket

Ramai orang takut melabur. Apabila disebut pelaburan, ramai juga yang mengaitkan dengan skim cepat kaya..Alahai...itu le orang kita. Nak salahkan mentaliti orang kita macam tu, susah jugak. Sebabnya ini semua kerja-kerja orang-orang yang nak cepat kaya. Tipu sini, tipu sana. Itu yang pakat-pakat merana.

Untuk melabur dengan bijak, mengelak kehilangan dan kerugian modal, kita perlu ingat 6 peraturan ketika membuat pelaburan iaitu :

  1. Ada perancangan. Seperti yang RK nasihatkan, minta penasihat kewangan anda set up kan strategi pelaburan yang sesuai dengan profile risiko anda, jangkamasa dan matlamat kewangan. Ini yang jadi masalah ni. Sebab saya sendiri pun tak terfikir apa matlamat pelaburan yang saya buat.
    1. Matlamat pelaburan emas : ????
    2. matlamat pelaburan saham : ????
    3. matlamat pelaburan hartanah : ????
  2. Jangan letakkan semua asset anda dalam satu portfolio aset sahaja. Sebagai contoh, RK cakap semua orang happy dan rasa tenang bila dapat membeli hartanah untuk pelaburan. Tapi perlu diingatkan ,apakan jadi jika pasaran hartanah jatuh merudum kepada pelabur hartanah semata-mata? Begitu juga dengan pelabur emas.. Hisshh...ngeri je bila fikir2 balik Photobucket
  3. Bina pelaburan anda dalam jangkamasa tertentu. RK kata, ada pepatah lama berbunyi " Bilamana tea lady mula melabur dalam stock market, itu adalah masa sesuai untuk get out".. Apa maksudnye? Maksudnya lebih kurang bilamana pasaran saham tertentu sedang naik, ramai yang akan mula terjun melabur dalam saham tersebut. Dalam keadaan saham yang berada dikemuncaknya, nantikan trend kejatuhan saham tersebut.Pada RK, ada 2 cara untuk menentukan masa terbaik pelaburan. Yang pertama, ilah dengan memiliki saham yang "low end" market dan memilih situasi "high end" market untuk menjual. Masalahnya strategi ni susah nak diaplikasi. Cara yang kedua ialah dengan memilih pelaburan yang baik dan stay dengan pilihan tersebut untuk jangka masa yang panjang ( 10 tahun atau lebih ) dan bersama -sama mengharungi ribut taufan pasaran.Saranan RK ialah cara yang kedua kerna ia lebih mudah.
  4. Elakkan pelaburan berisiko tinggi.Ini termasuk le JV business yang berisiko, highly speculative stock, tax avoidance schemes atauapun "too-good-to-be-true" skim yang menjanjikan pulangan yang tinggi ( yang tak munasabah ).Photobucket
  5. Elak dari meminjam untuk melabur. Erm...Apa yang RK kata, bahaya. Terutama kalau meminjam sehingga 40% dari margin kos tetap ( x faham sangat ). So far, memang ada guna teknik meminjam ni especially dalam emas. Beli emas tunai, pajak di Bank rakyat dan pinjaman sehingga 70% utk tujuan besarkan biz...hehe
  6. Stay with traditional and known. Macam konsep Warren punya. Pelaburan dia dalam industri yang dia familiar. Ikut RK, pelaburan yang selamat ialah yang ada kepentingan tetap ( macam keperluan manusia le ), hartanah dan saham. Walaupun aset aset tersebut jenis yang fluctuate..OOOoooh..yang ni tak faham. Kenapa le RK kata saham tu ok. Tadi cakap tak ok.

Anyway, apa yang kita boleh nampak ialah nak melabur ni KENA ADA PLAN....RANCANGAN yang jelas, sepsifik, boleh dicapai, realiti, boleh diukur dan mempunyai tempoh masa yang tertentu. So untuk pelaburan emas ni, cuba kita letakkan :

spesifik : Melabur dalam pelaburan emas sehingga memiliki 1 kilogram emas

boleh diukur : yup..ukurannya ialah 1 kg emas

boleh dicapai : untuk capai 1 kg emas, sebanyak 34 ketul kijang emas diperlukan. Untuk memiliki 1 kijang emas ( RM3k-RM4k ), simpanan perlu dibuat. Jadi 4 bulan baru boleh beli 1 kijang emas. Hehehe...lambat giler sebab duit tak banyak.

realiti /reasonable : insyaAllah boleh.. Sebab ia takkan jadi realiti kalau takde usaha.

timely : yang ini, ikutkan 1 kijang utk 4 bulan. 34 kijang untuk 12 tahun..Ooohh panjang nye masa.. Takpe..at least waktu tu umur saya dah 35 tahun. Ada emas simpanan 1 kg.. Umur muda-muda macam ni le nak rempit bagi banyak skit. Bila dah umur 30-40an, susah skit dah..

Thanks RK untuk nasihat yang baik ni..

sumber utama : "http://www.richdadwisdom.com/2009/10/6-rules-for-investing/"

Wednesday, January 13, 2010

semak ketulenan emas di rumah!!!

saya baru aje jumpa kaedah yg mudah dan ringkas utk menguji ketulenan emas.
rupa-rupanya x susah pun.alat2 pun dah memang tersedia.
alatan
1)mesti ada penimbang yg ada 2digit lepas perpuluhan(penimbang dari omar kulim).
2)cawan plastik yg ringan(cawan dadih pasar malam adalah amat digalak kan).
3)benang jahit baju(buleh didapati di kedai2 kain berdekatan).
4)air paip( ikut suka aje yg dah masak ke belum).
5)henset( mesti ada software calculator).
6)emas yg hendak di uji ketulenan/ketumpatan.


langkah-langkah
1) timbang emas anda dengan penimbang emas.catitkan berat(g).
2)masukkan air di dalam cawan
(sukatan emas dapat tenggelam sepenuhnya di dlm cawan tetapi tidak menyentuh dasar cawan)
3)letak cawan berisi air di atas penimbang.
4) reset(off&on) semula penimbang.dapatkan bacaan 0.00g.(bacaan cawan+air).
5) ikat emas anda dengan benang.rendam emas di dlm cawan
(mesti tenggelam sepenuhnya dan emas tidak mencecah dasar cawan).
6) catit bacaan berat air yg tersasar.(0.xx g).


dengan menggunakan prinsip archemedes.
(di sini perlunya henset yg ada fungsi calculator)


ketumpatan =
jisim(berat emas)/ isipadu air yg tersasar[(berat cawan+air+emas)-(berat cawan+air)]

contoh jisim =4.25g
isipadu air tersasar = 0.24cm padu

nilai ketumpatan bersamaan 4.25g/0.24g bersamaan 17.71.

merujuk kepada jadual ketumpatan,ketumpatan emas ialah 19.3g/cm padu.

jadi di sini dapatlah kita mengetahui ketumpatan emas dengan mudah.
ketumpatan emas anda ialah 17.71/19.3 = 0.917%
0.917%=22k.

p/s: kepada yg ingin menguji silver,ketumpatan silver ialah 10.49g/cm padu

selamat mencuba kepada semua peminat-peminat emas semua.


Tuesday, January 12, 2010

Kisah Dua Pulau - Bagaimana Kakayaan Rakyat Dicuri.


Suatu ketika dahulu, jauh di tengah lautan terdapat dua buah pulau yang berjiran. Sebuah bernama Aya dan sebuah lagi bernama Baya. Mereka yang tinggal di pulau Aya dipanggil kaum Ayan, pulau mereka amat subur dan penuh dengan tanaman dan juga buah-buahan tropika. Terdapat banyak air terjun dan sungai yang bukan sahaja memberi mereka sumber air minuman malahan ianya menjadi tumpuan penduduk Aya untuk bersantai dan beriadah bersama keluarga.

Lautan disekeliling pulau mereka amat bersih dan bebas dari pencemaran, dipenuhi dengan pelbagai hidupan laut yang juga memberi sumber makanan untuk mereka. Pulau Aya juga mempunyai emas dan kaum Ayan terutamanya wanita amat sukakan perhiasan dari emas. Mereka juga menggunakan kepingan2 emas sebagai wang kerana bagi mereka emas adalah sesuatu yang bernilai. Raja Aya memerintah Pulau Aya dan dialah yang mengawal pengeluaran kepingan2 emas tersebut untuk digunakan sebagai wang. Kaum Ayan hidup saling bantu membantu sesama sendiri dan mereka juga tidak mengenakan riba, faedah atau bunga apabila mereka meminjam wang sesama mereka.

Ada kalanya, Aya dilanda ribut dan ombak besar memusnahkan rumah dan harta mereka, akan tetapi dengan segeranya mereka saling tolong menolong membantu membina dan membaiki kerosakan yang berlaku. Jika tiada ribut, hidup mereka adalah sebuah pulau dengan komuniti masyarakat yang aman dan hidup dengan harmoninya.

Dipulau yang sebuah lagi iaitu Baya yang mana penduduk disitu dipanggil kaum Bayan, ia diketuai oleh seorang pemimpin bernama Tuk Bayan, beliau adalah lelaki berumur yang dihormati dikalangan mereka. Pulau Bayan juga adalah pulau yang subur, kaum Bayan rata2nya adalah pesawah atau pun penternak lembu, kambing dan juga ayam. Sesetengah mereka amat mahir didalam bertukang dan membuat pelbagai barang kegunaan. Mereka juga hidup dengan aman dan saling tolong menolong sesama mereka didalam meneruskan kehidupan.

Kaum Bayan bagaimanapun tidaklah semoden kaum Ayan, mereka hanya bertukar2 barang sesama mereka. Mereka sedar yang pulau mereka tidak sehebat pulau Aya yang lebih kaya malah mereka menganggap pulau Ayan lebih canggih daripada pulau mereka sendiri. Mereka merasakan kaum Ayan bernasib baik dan lebih hebat daripada mereka. Sekali sekala mereka juga bertukar barangan dengan kaum Ayan, mereka tidak tahu apa itu konsep wang. Walaubagaimana pun kaum wanita mereka juga sukakan emas terutamanya barang kemas yang dibuat oleh kaum Ayan.

Pada satu hari, dua lelaki asing Gago dan Mago, yang belayar dengan kapal berlabuh di Pulau Aya. Kaum Ayan yang amat peramah dan baik hati itu menyambut kedatangan dua tetamu mereka itu. Gago dan Mago menceritakan kisah pelayaran mereka yang hebat dan ini mengkagumi kaum Ayan. Mereka juga menunjuk kepada kaum Ayan beberapa wang shiling emas dan wang kertas yang digunakan oleh orang2 ditempat lain.

Kaum Ayan tidak pernah melihat wang kertas sebelum ini, malahan pada wang kertas itu ada gambar pisang yang juga merupakan buah kegemaran mereka. Gago dan Mago juga menunjukkan kepada mereka mesin pencetak wang kertas, apalagi, ini lantas menarik perhatian kaum Ayan. Mereka amat takjub kerana mereka tidak pernah melihat mesin sebegitu. Kaum Ayan amat meyenangi Gago dan Mago lantas mengajak mereka hidup bersama mereka dipulau itu.

Gago dan Mago kemudiannya meyakinkan kaum Ayan yang sesuatu yang dinamakan bank akan memberi faedah yang amat besar kepada mereka. Gago dan Mago menjelaskan yang bank akan memberikan tempat yang selamat untuk menyimpan wang emas mereka dan pada masa yang yang akan menaik taraf ekonomi dengan membolehkan simpanan itu dipinjamkan kepada orang lain untuk memberi manafaat yang mana jika tidak hanya tersimpan begitu sahaja. Kaum Ayan yang sememangnya suka membantu sesama mereka menganggap itu satu idea yang amat bagus. Gago dan Mago lantas membina sebuah bangunan kecil dengan tempat simpanan selamat dan bermulakan operasi bank yang pertama dipulau Aya.

Mereka meraikan penubuhan bank itu dengan meriahnya. Kaum Aya berpusu2 menyimpan wang emas mereka didalam bank Gago dan Mago. Bagi setiap emas yang disimpan kaum Aya akan diberi sekeping kertas bercetak yang mana mereka boleh gunakan untuk menuntut kembali wang emas mereka.

Kaum Aya amat gembira dengan wang kertas mereka, malah pada wang kertas tersebut terdapat gambar pemimpin mereka Raja Aya, yang mana membuatkan Raja Aya juga bangga dengannya

Sejumlah 100,000 kepingan emas didepositkan oleh kaum Ayan dan sejumlah wang kertas yang sama juga dikeluarkan. Sekarang mereka menggunakan kertas sebagai wang dan mendapati lebih mudah menggunakannya berbanding kepingan emas yang berat sebelum ini. Wang kertas cetakan Gago dan Mago menjadi salah satunya matawang yang digunakan dipulau Aya. Tiada lagi mereka yang menggunakan kepingan emas.

Kaum Ayan amat gembira kerana dengan mudahnya mereka boleh berurusan sesama mereka. Mereka amat percayakan Gago dan Mago kerana setiap kali mereka memulangkan wang kertas tersebut, kepingan emas mereka dikembalikan semula. Gago dan Mago lama kelamaan menjadi seorang yang dihormati dan dipuji didalam masyarakat pulau Aya.

Cerita mengenai wang kertas di pulau Aya sampai kepengetahuan kaum Bayan dan mereka juga tertarik dengan wang kertas tersebut. Mereka lantas meminta bantuan Gago dan Mago. Dengan tersenyum, Gago dan Mago menyatakan mereka dengan senang hati juga ingin membantu mereka. Mereka kemudian membina bangunan yang sama di pulau Baya untuk digunakan sebagai bank dan Mago menjadi pengurus bank tersebut.

Berbeza dengan pulau Aya, pulau Baya tidak mempunyai emas untuk disimpan oleh kaum Bayan sebagai deposit. Mago menyatakan tidak mengapa, sebaliknya dia akan memberikan 1000 keping wang kertas kepada setiap keluarga di pulau Baya. Disebabkan ada 100 keluarga di Baya maka 100,000 keping wang kertas diedarkan.

Akan tetapi Mago memberi syarat, pada setiap tahun setiap keluarga mesti memulangkan 1100 keping wang tersebut, 10 peratus lebihan tersebut adalah untuk upah perkhidmatan mereka. Kaum Bayan mendapati wang kertas suatu yang ajaib, ia membuatkan urusan perniagaan mereka semakin mudah dan tiada lagi kerenah mencari orang lain yang ingin bertukar barangan dengan mereka. Mereka semakin boleh tumpukan perhatian kepada satu pekerjaan sahaja.

Ekonomi Aya dan Baya semakin berkembang dengan pesatnya, Gago dan Mago membuat keputusan sudah tiba masanya untuk menjalankan tipu muslihat mereka. Gago mendapati pada satu2 masa, hanya 10% sahaja simpanan emas dituntut oleh kaum Ayan, selebih 90% lagi selamat didalam simpanan. Melihat wang kertas cetakan mereka sudah semakin diterimapakai, mereka mencetak lagi sebanyak 900,000 wang kertas. Gago mengira, jika kaum Ayan datang menuntut kembali wang emas mereka, dengan kadar 10% tuntutan pada satu2 masa, 100,000 kepingan emas cukup untuk menampung tuntutan itu.

Gago kemudiannya meminjamkan wang kertas yang dicetak itu kepada penduduk Aya yang memerlukannya dengan kadar faedah 15%. Lama kelamaan kaum Ayan mendapati harga barangan mereka semakin meningkat. Mereka tertanya2 akan tetapi tiada siapa yang tahu mengapa terjadinya demikian. Sesetengah dari mereka yang meminjam wang dari Sago tidak mampu membayar balik pinjaman walaupun mereka bekerja keras untuk mendapatkan wang yang lebih. Persaingan semakin sengit didalam perniagaan dan masyarakat menjadi semakin kurang prihatin dan tidak lagi ambil peduli kebajikan sesama mereka seperti sebelum ini.

Kaum Bayan juga mendapati perkara yang sama terjadi kepada mereka, pada mulanya mereka tidak nampak harga barangan yang meningkat, akan tetapi mereka perasan akan perubahan dari segi sikap sesama mereka. Mereka terpaksa lebih bersaing dan semakin kurang prihatin sesama mereka. Walaupun terpaksa bekerja keras dan dengan cuba bersaing, sesetengah mereka tidak mampu membayar balik pinjaman. Mereka tidak berjaya mendapat wang yang cukup untuk dipulangkan kepada bank kepunyaan Mago.

Mago mula merampas harta kepunyaan kaum Bayan yang tidak mampu membayar pinjaman seperti tanah dan juga ternakan seperti lembu dan kambing. Tuk Bayan juga antara mereka yang tidak mampu membayar balik akan tetapi Mago memberi pinjaman semula kepada Tuk Bayan dan juga kepada kaum Bayan yang lain yang mana ini menambah lagi hutang mereka. Tuk Bayan kemudian tidak mampu lagi membayar dan Mago membiayainya lagi dengan lebih banyak hutang yang perlu dibayar. Tuk Bayan mula mengelak dari berjumpa dengan Mago, beliau sungguh malu malah kuasa, keberanian dan kehormatan yang dimilikinya dahulu semakin hilang. Tuk Bayan sebaliknya mendapati Mago menjadi semakin kaya dengan mengambil harta kaumnya. Malah beliau merasakan kuasa, keberanian dan juga kehormatan yang dipunyainya dahulu sekarang beralih kepada Mago.

Selepas beberapa tahun, Gago dan Mago yang dahulunya berlabuh dipantai pulau Aya dengan hanya mesin pencetak, sekarang adalah tuan punya kebanyakan tanah dan harta dikedua2 pulau Aya dan Baya. Penduduk pulau tersebut sekarang hanya menjadi pekerja dan hidup didalam kemiskinan. Mereka terpaksa bekerja lebih masa untuk menampung hidup yang semakin sukar. Semakin kurang masa untuk bersama keluarga, rakan2 malahan untuk beribadat. Masalah sosial semakin berleluasa, manusia semakin tidak pedulikan manusia yang lain. Tidak dapat dinafikan lagi dengan kemiskinan, penyakit sosial lain seperti kecurian, rompakan, pelacuran juga semakin meningkat. Begitu juga dengan alam sekitar mereka yang dahulunya bersih sekarang sudah tercemar akibat aktiviti penduduk Aya dan Baya sendiri yang terpaksa mengekspoitasi sumber alam untuk membayar hutang2 mereka.

Cara hidup mereka sikit demi sedikit berubah kerana Gago dan Mago memperkenalkan budaya "hebat" olahan masyarakat "hebat" dari mana mereka berasal. Inilah penghujung budaya prihatin dan penyayang masyarakat pulau Aya dan Baya yang hidup dengan aman dan prihatin sebelum Gago dan Mago datang dengan mesin pencetak.

Gago dan Mago tidak berhenti disitu, mereka terus menyebarkan pengaruh mereka manusia dan masyarakat lain. Impian utama mereka adalah untuk menjadi raja yang memerintah dunia dengan mewujudkan satu sistem perbankan dengan satu sistem kewangan global.

Kita boleh menganggap, berdasarkan perumpamaan diatas, dibawah sistem kewangan antarabangsa, kejadian yang berlaku diatas adalah apa yang berlaku pada negara2 membangun diserata dunia termasuklah negara kita Malaysia.

1. Inilah cara bagaimana wang dicipta dibawah sistem perbankan semasa. Jika keperluan simpanan disyaratkan adalah 10% maka dengan simpanan sebanyak 100,000, maka jumlah pinjaman yang boleh diberikan adalah sebanyak 1,000,000 (100,000/0.1).

2. Lebih mudah untuk melihat permasalahan diatas dengan formula untuk pertukaran yang mana MV = PY
Didalam contoh diatas, dengan bertambahkan wang didalam kitaran M tanpa bertambahnya dengan kadar yang sama akan jumlah barangan atau perkhidmatan Y, paras harga P akan meningkat (dengan anggapan kadar kitaran, V, kekal tidak berubah).

3. Pinjaman (bercampur dengan bunga/faedah) tidak akan habis dibayar kerana bunga/faedah tersebut tidak wujud dalam bentuk wang. Perhatikan faedah 15% dari 900,000 iaitu 135,000, jadi jumlah yang perlu dibayar adalah 1,035,000 tetapi hanya 1,000,000 wang yang wujud didalam sistem, maka ketidak bolehan membayar balik memang tersedia didalam sistem tersebut.

4. Disebabkan wang faedah/bunga yang dikenakan tidak wujud didalam sistem itu maka persaingan untuk mengaut wang sedia berlaku, ini dapat dilihat dalam persaingan didalam perniagaan. Sikap manusia secara keseluruhan juga berubah dan lebih mementingkan diri sendiri.

5. Disebabkan tiada wang yang cukup untuk membayar keseluruhan hutang didalam sistem, akan terdapat mereka yang tidak dapat membayar hutang (bankrup/harta dirampas/rumah dilelong).

6. Bayangkan jika anda meminjam Rm10,000 dari rakan anda, apakah kelakuan anda terhadap rakan anda itu tidak berubah, contohnya apabila terserempak dijalanan? Lebih2 lagi apabila tempoh masa pinjaman yang anda persetujui sebelum ini sudah terlewat?

Kredit kepada Prof Ahamed Kameel Mydin Meera untuk bukunya "The Theft Of Nation - Returning to Gold"

Sunday, January 10, 2010

Rakyat Malaysia dan Wang

.

Bagi rakyat Malaysia, bila bercakap tentang wang, maka di dalam minda kita akan terbayang wang kertas Ringgit Malaysia (RM).

Betul tak?

maklumlah.. celik-celik mata ajer… wang kertas inilah yang kita gunakan hari-hari.
Kita sangkakan inilah wang yang sebenarnya… hmmm… betul ker?


Ringgit Malaysia – wang kertas kita

Tahukah anda, bila anda memahami tentang wang dan fungsi-fungsi wang, anda akan teperanjat!

Anda akan tahu apakah itu wang yang sebenarnya.

Adakah wang kertas yang kita gunakan merupakan wang yang benar-benar berfungsi sebagai wang?

Fungsi-Fungsi Wang.

Wang mempunyai 4 fungsi yang utama:

1. Sebagai unit nilai:
Wang perlu berfungsi sebagai pengukur nilai bagi barangan dan perkhidmatan.
Contohnya, kesemua barangan dan perkhidmatan di Malaysia dijual di dalam
Ringgit Malaysia (RM). Unit nilai bagi negara kita ialah ringgit dan sen.

2. Media Pertukaran:
Wang perlu berfungsi sebagai media pertukaran. Ia membolehkan kita menukarnya
dengan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan.
Contoh, jika anda hendak ke pasar malam dan anda hendak membeli 10 barangan,
anda cuma perlu membawa Ringgit Malaysia yang mencukupi.
Anda tahu semua peniaga pasar malam menerima RM sebagai media pertukaran
dengan barangan yang mereka jual.

3. Sebagai Piawai Bayaran Tertunda:
Wang perlu memainkan berfungsi sebagai piawai bayaran tertunda.
Ini membolehkan urusniaga secara kredit atau bayaran tertunda dilakukan.
Contohnya, jika anda membuat pinjaman bank dengan kadar keuntungan sekian %,
maka jumlah pembayaran pada masa hadapan boleh dikira dengan mudah.

4. Sebagai penyimpan nilai:
Wang perlu menjadi penyimpan nilai yang unggul.
Dengan kata lain kita boleh menyimpan wang dan menggunakannya pada masa
hadapan/bila diperlukan tanpa perlu risau wang tersebut kehilangan nilainya.
Sebab itulah benda-benda yang mudah rosak seperti buah-buahan tidak boleh
menjadi penyimpan nilai yang baik.

Jika wang gagal memenuhi mana-mana fungsi ini, maka wang tersebut bukanlah merupakan wang terbaik.

Wang Fiat Ringgit Malaysia.

Wang kertas RM yang kita gunakan sekarang sebenarnya wang fiat.

Wang fiat merujuk kepada wang yang tidak disandarkan kepada sesuatu yang bernilai seperti emas dan perak, sebaliknya digunakan kerana arahan pemerintah.

Wang fiat mempunyai kelemahan yang sangat ketara:

1. Tidak mempunyai nilai intrinsik.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dalam ucapan Hari Raya Aidilfitri 18/1/1999 telah mengakui bahawa wang kertas sebenarnya tidak berharga.

Ini adalah petikan daripada ucapan Tun Dr. Mahathir

11. “Sebenarnya matawang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan” (petikannya di sini)

Nah, lihatlah pengakuan daripada bekas Perdana Menteri Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh…

2. Wang kertas adalah penyimpan nilai yang lemah.

Satu fungsi utama wang yang gagal dimainkan oleh wang kertas adalah penyimpan nilai yang baik. Dengan kata lain, nilai wang kertas akan menyusut dalam jangka masa yang panjang. Inflasi akan memakan nilai wang anda, menyebabkan nilai wang kertas ditangan anda sekarang tidak akan sama dengan nilainya pada masa hadapan.

Contohnya amat mudah:

Katakan anda menyimpan wang kertas bernilai RM1000 di bawah bantal. 10 tahun akan datang, adakah nilai RM1000 tersebut boleh membeli barangan yang sama seperti sekarang? jawapannya, sudah pasti tak boleh.

Nilai wang kertas RM1000 itu akan menyusut akibat inflasi. Betul tak?

Jadi bagus ke tak bagus menyimpan wang kertas nie?

Memang sah tak bagus :(

Cuba bayangkan jika anda menyimpan emas bernilai RM1000 di bawah almari. 10 tahun dari sekarang, apa yang akan terjadi kepada nilai emas berkenaan? Sudah pasti nilainya akan naik.


Harga emas 10 tahun naik dari USD280 kepada USD842

Inilah yang dikatakan penyimpan nilai terunggul, terbaik dan tepat.

Tanpa perlu membuat sebarang pelaburan pun.

Emas sebagai penyimpan nilai terunggul:

Professor Roy W. Jastram, di dalam bukunya yang terkenal “The Golden Constant” yang diterbitkan pada tahun 1977 menyebut “Emas mengekalkan kuasa membeli dalam jangkamasa yang panjang, contohnya setengah abad”.

Di dalam buku tersebut, beliau telah mengkaji peranan emas sebagai pelindung inflasi dan deflasi dalam jangkamasa 400 tahun.

Kesimpulan:

Pembaca sekalian, emas adalah wang yang sebenarnya. Jika anda hendak menyimpan wang, simpanlah dalam bentuk emas.

Sejarah telah membuktikan bahawa emas adalah wang yang terunggul dan tiada bandingannya. Dulu..kini dan selamanya.. :)

Wang kertas gagal berfungsi sebagai wang. Ia mempunyai kelemahan yang sangat besar kerana tidak mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri. Ia gagal menyimpan nilai untuk jangkamasa panjang dan akan merugikan penyimpannya. Musuh utama wang kertas ialah inflasi yang menghakis nilai wang kertas ini.

Menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas akan memberikan ketenangan jiwa kepada penyimpannya. Kita tidak perlu takut kehilangan nilai dalam jangka masa panjang dan juga kita tidak perlu bergantung kepada pengakuan dan jaminan kerajaan mengenai nilai wang kita.

Jadi mulai hari ini, saya berharap anda semua belajar suatu perkara yang sangat penting

Wang = Emas

Simpan wang = Simpan emas

Friday, December 4, 2009

Dinar


Dinar Emas dalam shariat Islam

Imam Malik radiallahu'anhu telah menjelaskan kepada kita bahawa wang ialah apa-apa barangan yang lazimnya diterima pakai sebagai bahan tukaran. Menurut sejarah Islam, tiada barangan yang boleh dipaksa menjadi wang kerana manusia bebas menggunakan apa sahaja barangan sebagai tukaran. Wang kertas seperti dolar Amerika Syarikat tidak ada sifat 'ayn (barangan lazim yang ketara) malahan nilainya dipaksa oleh kuasa pasaran. Jika kertas dianggap sebagai barangan pun nilainya hanyalah mengikut berat kertas dan bukan menurut nilai nombor yang tertera di atasnya.
Wang kertas mungkin hanya boleh dianggap sebagai 'dayn' kerana ianya bukan barangan ketara atau sebagai resit hutang untuk pemilikan emas atau perak (itu pun jika ada sandaran antara kertas dengan emas). Tetapi hukum Islam tidak membenarkan hutang dijadikan suatu bahan tukaran. Penggunaannya pun mestilah terhad sebagai kontrak peribadi. Di dalam Kitab Al-Muwatta (31.19.44) ada diriwayatkan tentang resit-resit yang dijual beli di Pasar Al-Jar sebelum barangan sampai. Marwan ibn al-Hakam telah menghantar pengawalnya untuk mengambil semula resit tadi dan mengembalikan kepada tuan asalnya.
Sejarah Islam telah menunjukkan kepada kita bahawa wang emas (Dinar) dan wang perak (Dirham) telah digunakan sehinggalah berakhirnya Kerajaan Islam Turki. Piawaian menurut berat yang dikenali sebagai Piawaian Khalifah Umar Al-Khattab radiallahu'anhu menentukan iaitu 10 dirham bersamaan dengan 7 dinar. Setiap Dinar mestilah ada 4.25 gram emas dan setiap Dirham ada 3 gram perak. Dinar dan Dirham telah digunakan untuk urusan perniagaan, menabung dan juga untuk membayar zakat (Umar Vadillo 1996).
Umar Vadillo juga menyatakan dalam buku yang sama bahawa Shaykh Muhammad 'Illish (1802-1881), seorang pakar pengajian fikah di Universiti Al-Azhar telah menyebut di dalam fatwa beliau bahawa wang kertas tidak dizakatkan sebagaimana wang emas dan wang perak kerana ia dianggap sebagai fulus (wang syiling tembaga) atau loose change. Ia hanya mewakili wang dan tiada nilai barangan. (Lihat fatwa beliau dalam terjemahan Al-Fath Al-'Ali Al- Maliki ms 164-165).
Wang kertas bukan barangan. Jika hendak dizakat pun mestilah diukur menurut berat bukan menurut nilai tertulis yang boleh pula berubah nilai tukarannya dengan wang kertas lain.
Dalam Islam mata wang sememangnya berkait rapat dengan kerajaan. Kajian Umar Vadillo juga menunjukkan bahawa Al-Qurtubi dalam Tafsir beliau telah memberi tafsiran tentang ayat al-Quran yang bermaksud:
"Wahai orang yang beriman! Patuhlah kepada Allah dan patuhlah kepada Pesuruh Allah dan mereka yang memerintah kamu....." (ayat 59 dari surah An-Nisa)
Ayat tersebut merupakan satu perintah supaya umat Islam taat kepada pemerintah dalam 7 perkara. Hal pertamanya ialah penempaan Dinar dan Dirham dan yang lainnya ialah menetapkan berat dan ukuran, keputusan mahkamah, haji, Jumu'ah, Hari Raya (Puasa dan Korban) dan Jihad.
Wang sejati yang bebas dari spekulasi menandakan bahawa kerajaan juga merdeka dan bebas dari spekulasi. Tiada kemerdekaan tulen selagi tiada mata wang tulen. Tidak hairanlah Al-Qurtubi meletakkan perkara Dinar dan Dirham sebagai perkara utama tentang patuh dan taat kepada pemerintah.






Wang Kertas : Penipuan terbesar dalam sejarah manusia

Hari ini kalau ada yang berazam untuk tidak mahu menggunakan wang kertas ,orang berkenaan ‘wajib’ berpindah ke dalam hutan. Begitu sekali sekeping wang kertas bergelar ‘not’ menguasai seluruh kehidupan manusia.

“ Apa itu wang kertas?” wacana tentang riba dan wang emas tidak mungkin lengkap kalau tidak menyentuh soal wang kertas kerana kedua-dua matawang ini dan riba ada hubung kaitnya dari segi sejarah.

Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan pada empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kearajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas.

Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikut runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.

Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan pembelitan yang dahsyat. Warga Amerika Syarikat, G Edward Griffin dalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910. Mesyuarat misteri di pulau Jekyll pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amerika Syarikat . Sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing. Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan) ke atas sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata. Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi.

Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat., antaranya mencetak wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Bangking (FRB) atau Fractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank. Sehingga hari ini, FRB digunakakn oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia untuk mencipta wangsesuka hati dalam jumlah yang berlipat kali ganda melebihi kekayaan sebenar.

Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British mengusai Bandar Jerusalem pada 1919. Penguasaan itu menandakan berakhirnya era Perang Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara umat Islam dan Kristian. Dinia pun berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah.

Peristiwa demi peristiwa terus mengejutkan dunia, antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada 1929. Pada 1944, muncul pula perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas.

Negara-negara dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas Dolar Amerika mendapat ‘daulat’ berkenaan, International Monetory Fund (IMF) pun ditubuhkan. Pada 1948, Negara Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat di tengah-tengah Negara Palestin yang sah.

Seterusnya pada 1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun-duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.



Namun Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan system piawaian emas.

Selepas 15 ogos 1971, doalr tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tana perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan oleh Special Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini.

Pun begitu apa jua tipu daya tetap ada kelemahannya seperti mana yang disebut oleh Allah dalam al-Quran,Firmannya :


الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ

فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفً

Maksudnya :

“Orang-orang yang beriman dan berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berjalan di jalan thaghut, sebab itu perangi lah kawan-kawan syaitan itu kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah.” [surah an-Nisa’, ayat 76]

Sekarang, ‘tabir’ yang melindungi wajah sebenar wang kertas semakin terungkai. Dunia mula mengetahui apa ada di sebalik wang kertas. Wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsik seperti mana wang sebenar (contohnya emas, perak, sebakul barangan dan lain-lain).

Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.

Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya.Kepercayaan semata-mata! Itu sahaja! Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.

Sejarah membuktikan bahawa dalam peperangan mata wang sesebuah Negara dilanda krisis akan hancur lalu wang kertas dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus. Di Malaysia, sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit Jepun’ yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalamn buruk itu.

Selain wang kertas, wang fiat juga merujuk kepada wang dalam bentuk angka dalam akaun, hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan dan kad plastic digital. Wang ini tidak disokong oleh apa-apa aset yang nyata. Nilainya mudah dimainkan oleh speculator matawang yang berniat jahat, tamak dan tidak berperikemanusian.

Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar Amerika pada 1973 dan 1980). Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramal menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929.



Sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga wang fiat lagi yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini adalah ekonomi palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.

Sesetengah kerajaan mencetak wang sewenang-wenang tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar dalam Negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa.

Apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun yang lalu. Ini menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak pada barangan yang kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM 20 000 sebulan belum tentu menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi terlalu tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam pendapatan.

Orang sekarang berkerja siang dan malam serta melakukan bermacam-macam jenis pekerjaan, tetapi masih berada di dalam keadaan kekurangan. Harta pada hakikatnya dimiliki oleh bank atau institusi kewangan. Hampir semua orang berhutang dengan bank atau institusi keewangan dan pada bila-bila masa boleh menjadi papa kedana kerana hutang itu. Malah hutang bank juga boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.

Kadar pengangguran dan kegagalan syarikat perniagaan pula semakin meningkat dari hari ke hari. Semua ini angkara sistem kewangan fiat yang menyebabkan ekonomi berkembang secara tidak stabil serta mewujudkan jurang besar antara golongan berada dengan golongan tidak berada.

Jelas wang kertas adalah wang yang tidak adil dan tidak jujur. Apabila Amerika Syarikat meluluskan penubuhan FRD dan Amerika Syarikat mengadakan perjanjian Bretton Woods pada 1944, seluruh ummah sebenarnya sudah ditipu ‘hidup-hidup’. Inilah penipuan terbesar dalam sejarah manusia.

Sumber : Milenia Muslim, Julai.